Pengikut

Selasa, 7 Ogos 2012

kerosakan kenderaan(TOP OVERHAUL)


kerosakan kereta-top overhaul sendiri

Salam,

Banyak post terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan dengan top overhaul nie.top Overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka injap minyak dan ekzos..Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta ,maka bermulalah proses top  overhaul nie.

Top Overhaul terdapat dalam 2 kategori iatitu top overhaul petrol dan top  overhaul disel .Tapi kali nie aku nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol..


Mula-mula kena tahu mengenai komponen-komponen yang akan dibuka dalam proses top  overhaul ini:-
1.Kebuk silinder(cylinder head)
2.Injap minyak dan exhaust(exhaust valve,fuel valve)
3.penahan injap( valve seal)
4.Spring injap(valve spring)

5. Penahan penyebar api(Distributor seal)

6.Penggerak (Rocker Arm Pulley)
7.Pemegang (Rocker arm)
8.gasket silinder(head gasket)

9.Skru silinder

Ini adalah bahagian-bahagian penting dalam proses top overhaul(overhaul atas) dalam enjin kereta.Proses ini bermula setelah dibuka kebuk silinder,ceraikan segala komponen-komponen diatas,kemudian melakukan pembersihan atau pencucian bakaran karbon pada piston,dan kebuk silinder.Cuci dengan petrol atau disel.



Setelah semuanya telah dilakukan,bermula proses kedua top overhaul iaitu melakukan menggeser injap9grind valve).permukaan injap harus diratakan supaya tidak berlaku kebocoran minyak hitam diatas piston yang boleh menyebabkan kerosakan enjin serta tidak dapat hidup sempurna.

Grind injap tersebut dan carikan permukaan rata dan ujikan dengan minyak setelah dipasang semula.Segala valve seal harus ditukar,dan kalau boleh sekali dengan valve spring serta semua gasket berkaitan..


Setelah proses pembersihan,grind valve dilakukan pasang semula dan ketatkan segala skru kebuk silinder dah harus pastikan gasket telah ditukarTop overhaul akan lebih sempurna jika semasa mengetatkan skru diatas kebuk dengan penggunaan top wrench yang boleh laras.

Peringatan-sebelum skru dipasang pastikan semua injap berada pada kedudukan yang betul iaitu bila injap minyak terbuka injap exhaust tertutup dan juga sebaliknya.Jika ini tidak dipastikan kemungkinan akan berlaku perlanggaran valve dengan piston dan menyebabkan kerosakan pada piston.


Top overhaul adalah proses yang mudah semasa permulaan tapi akhiran yang cukup rumit.Pastikan segala perturan dan amaran diatas dipatuhi jika anda ingin melakukan sendiri top overhaul.Semasa pemasangan timing belt juga pastikan korang dah letakan pada marking yang betul jika tidak enjin tidak dapat dihidupkan dengan sempurna.


1 ulasan: