Pengikut

Selasa, 7 Ogos 2012

Langkah Menservis Palam Pencucuh

istem nyalan kenderaan adalah proses melakukan nyalaan kepada campuran bahan api dan udara yang masuk dalam kebuk pembakaran (combustion Chamber). Apabila sistem nyalaan gagal berfungsi, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah antaranya enjin tidak dapat dihidupkan, enjin sukar dapat dihidupkan dan enjin kurang kuasa untuk menjalankan operasi. Pastikan enjin kenderan dan sistem nyalaan dalam keadaan baik untuk menjamin operasi enjin berjalan lancar. Kebanyakan kenderaan hari ini perlu tune-up (melakukan proses talaan) setiap 35000 hingga 65000 batu bergantung kepada cara pemanduan.

Sebelum memulakan proses menservis palam pencucuh dan sistem nyalaan, pastikan alatan-alatan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja menservis ini ada untuk memudahkan kerja dan menyelesaikan kerja menservis ini. Antara alatan yang di perlukan ada ialah alatan tangan, spana buka plug, kertas pasir, berus dawai dan filler gauge.

Kenal pasti peralatan sistem nyalaan

Ada dua jenis sistem nyalaan yang kebanyakan kenderaan gunakan iaitu DI(distributor less ignition system) and COS (coil over spark plug) tidak ada wayar palam pencucuh. Sistem nyalaan yang akan diterang kan cara-cara menservis ialan jenis DI(distributor less ignition system).



Keluarkan klip wayar palam pencucuh (retainer clip)

Keluarkan klip wayar palam pencucuh. Ini bagi memudahkan kerja untuk mengeluarkan wayar palam pencucuh dari palam pencucuh.



Keluarkan wayar palam pencucuh

Keluarkan wayar palam pencucuh dari palam pencucuh, pastikan keluarkan ikut urutan, spark plug wire yang paling panjang adalah di piston bernombor 1 manakala yang paling pendek di piston bernombor 4.
Keluarkan wayar palam pencucuh juga dari distributor cap, sebelum mengeluarkannya, pastikan kita tahu firing order (urutan agihan) enjin. Urutan agihan enijn ialah 1-3-4-2. omboh yang hampir dengan timing belt adalah nombor 1 dan diikuti 2,3,dan 4.
Pada distributor cap ada urutan agihan, pastikan kita mengetahui urutan agihan pada distributor. Ini penting kerana untuk memastikan tiada kesilapan yang berlaku apabila memasang semula wayar palam pencucuh.




Distributor cap

Setelah mengeluarkan spark plug wire, periksa dan memastikan spark plug wire dalam keadaan baik, jika berlaku kecacatan pada wayar palam pencucuh gantikan dengan yang baru. Susun mengikut panjang wayar palam pencucuh. Ini memudahkan kita apabila hendak memasangnya semula.



Keluarkan palam pencucuh

Gunakan alatan tangan yang sesuai, gunakan spana palam pencucuh atau soket palam pencucuh untuk mengeluarkan palam pencucuh. Buka lawan jam (counter clockwise)



Periksa palam pencucuh

Setelah mengeluarkan palam pencucuh, periksa palam pencucuh sama ada boleh digunakan lagi atau pun tidak, jika masih boleh digunakan lagi suci atau basuh palam pencucuh dengan menggunakan petrol, berus dawai dan kertas pasir tetapi hanya jenis kerosakan biasa seperti plug bercarbon, berdebu dan basah (berminyak). Gunakan filler gauge untuk periksa gap pada palam pencucuh. Gap yang baik adalah 0.8 cm atau 0.35 inch.



Pasang semula palam pencucuh

Pasang semula spark plug, pastikan pasang palam pencucuh tidak terlalu ketat dikuatiri palam pencucuh akan rosak jika dipasang dengan ketat. Pastikan wayar palam pencucuh dipasang dengan betul.
Sebelum menghidupkan enjin periksa radiator dan minyak enijn (minyak hitam). 

Menservis Pam Induk Brek


MENSERVIS PAM INDUK

a)Kapitkan pam induk pada ragum.
b)Tanggalkan takungan bendalir brek.
c)Tanggalkan klip lengkung.
d)Keluarkan injap sehala.
e)Keluarkan pepasangan piston pam induk.
f)Periksa badan silinder dan dibahagian dalam pam induk.
g)Periksa pepasangan piston.
h)Periksa injap sehala dan takungan bendalir.
i)Pasang semula bahagian-bahagian pam induk.
j)Pasang takungan bendalir brek ke pam induk.
k)Uji kendalian pam induk sebelum dipasang pada kenderaan. 

kerosakan kenderaan(TOP OVERHAUL)


kerosakan kereta-top overhaul sendiri

Salam,

Banyak post terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan dengan top overhaul nie.top Overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka injap minyak dan ekzos..Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta ,maka bermulalah proses top  overhaul nie.

Top Overhaul terdapat dalam 2 kategori iatitu top overhaul petrol dan top  overhaul disel .Tapi kali nie aku nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol..


Mula-mula kena tahu mengenai komponen-komponen yang akan dibuka dalam proses top  overhaul ini:-
1.Kebuk silinder(cylinder head)
2.Injap minyak dan exhaust(exhaust valve,fuel valve)
3.penahan injap( valve seal)
4.Spring injap(valve spring)

5. Penahan penyebar api(Distributor seal)

6.Penggerak (Rocker Arm Pulley)
7.Pemegang (Rocker arm)
8.gasket silinder(head gasket)

9.Skru silinder

Ini adalah bahagian-bahagian penting dalam proses top overhaul(overhaul atas) dalam enjin kereta.Proses ini bermula setelah dibuka kebuk silinder,ceraikan segala komponen-komponen diatas,kemudian melakukan pembersihan atau pencucian bakaran karbon pada piston,dan kebuk silinder.Cuci dengan petrol atau disel.



Setelah semuanya telah dilakukan,bermula proses kedua top overhaul iaitu melakukan menggeser injap9grind valve).permukaan injap harus diratakan supaya tidak berlaku kebocoran minyak hitam diatas piston yang boleh menyebabkan kerosakan enjin serta tidak dapat hidup sempurna.

Grind injap tersebut dan carikan permukaan rata dan ujikan dengan minyak setelah dipasang semula.Segala valve seal harus ditukar,dan kalau boleh sekali dengan valve spring serta semua gasket berkaitan..


Setelah proses pembersihan,grind valve dilakukan pasang semula dan ketatkan segala skru kebuk silinder dah harus pastikan gasket telah ditukarTop overhaul akan lebih sempurna jika semasa mengetatkan skru diatas kebuk dengan penggunaan top wrench yang boleh laras.

Peringatan-sebelum skru dipasang pastikan semua injap berada pada kedudukan yang betul iaitu bila injap minyak terbuka injap exhaust tertutup dan juga sebaliknya.Jika ini tidak dipastikan kemungkinan akan berlaku perlanggaran valve dengan piston dan menyebabkan kerosakan pada piston.


Top overhaul adalah proses yang mudah semasa permulaan tapi akhiran yang cukup rumit.Pastikan segala perturan dan amaran diatas dipatuhi jika anda ingin melakukan sendiri top overhaul.Semasa pemasangan timing belt juga pastikan korang dah letakan pada marking yang betul jika tidak enjin tidak dapat dihidupkan dengan sempurna.


Isnin, 30 Julai 2012

sistem brek


Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.
Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.
Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

Kereta Baru

Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.

Cara Penjagaan Sistem Brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.
Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.

Sumber maklumat: http://pmr.penerangan.gov.my

MEMERIKSA PUNCA STERENG KERETA BERAT


Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

Sumber maklumat: http://pmr.penerangan.gov.my

SUNDAY, 25 SEPTEMBER 2011


PUNCA PENGGUNAAN MINYAK PETROL BERTAMBAH


Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.


Sumber maklumat:http://pmr.penerangan.gov.my

TAYAR HAUS ANTARA PUNCA KENDERAAN BERGETAR


Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.

Sumber maklumat:http://pmr.penerangan.gov.my

TUESDAY, 6 SEPTEMBER 2011


Lampu Isyarat 'Hand brake' menyala.


Tadi kawe dapat pangilan dari kawan lama yang sama-sama belajar dekat U dulu..
Katanya lampu isyarat 'handbrake' dekat dashboard asyik menyala je.

Bila kawe terkenangkan balik,tak salah rasanya kawe nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang kawe tahu tentang permasalahan kawan kawe tadi dengan pengunjung blog kawe ni.

Lampu isyarat 'handbrake' tu bertujuan untuk memberi peringatan kepada pemandu sama ada 'handbrake'tu sedang ditarik atau dilepaskan. walaupun begitu,lampu isyarat itu juga digunakan untuk memberi isyarat kepada pemandu tntang kandungan cecair brek di dalam takungan. lampu isyarat menyala bermakna cecair brek telah kekurangan.

Tetapi dalam keadaan tertentu, lampu isyarat ini akan menyala di sebabkan oleh diaphram(getah hitam,pada sebelah dalam tudung takungan cecair brek)terkeluar menekan floating sensor ke bawah.

Jadi jangan lah pembaca semua panik, anda semua boleh baiki sendiri. Hantar kedai nanti kena caj tau.. cuma buka bonet kenderaan anda. Buka tudung takungan cecair brek,chek paras cecair supaya dalam sukatan yang betul.Betulkan kedudukan diaphram ke tempat asal.

Kalau lampu isyarat 'handbrake' masih menyala, anda dinasihatkan hantar kepada yang pakar.

semoga sedikit info ini dapat memberi manfaat kepada semua..

SUNDAY, 7 AUGUST 2011


Spark Plug Laser. Adakah benar????




Peredaran zaman semakin cepat, perubahan teknologi semakin berkembang, penggunaan tenaga juga semakin besar, maka kita seharusnya sebaik mungkin dalam penggunaan tenaga, salah satunya adalah BBM (Bahan Bakar Minyak). Serta pengurangan pencemaran gas kenderaan yang semakin hari semakin tinggi.

Takunori Taira dari Japan’s Institute of Natural Science telah membentangkan “Spark plug Laser” dimana menggunakan sistem sinaran laser dan bukan elektrod, pada Konferensi Laser & Electro Optic di Baltimore.

“Spark plug laser” yang menggunakan material inti dari bahan yttrium-aluminum-gallium (YAG) ini dikatakan dapat memperbaiki kadar penjimatan BBM serta menghasilkan gas kenderaan yang lebih rendah, karena proses pembakaran yang lebih baik dan sempurna, juga secara teorinya jangka hayat spark plug ini sangat panjang dibanding spark plug konvensional karena Spark plug laser tidak menggunakan elektrod, dimana elektrod pada spark plug konvensional akan menjadi haus seiring berjalannya waktu penggunaan.

Team Taira yang dibiayai oleh Japan Science and Technical Agency konon sedang bekerja sama dengan perusahaan-perusahaan pembuat Spark plug terkemuka di Jepun, tetapi belum diketahui bila Spark plug laser ini akan dikeluarkan dalam skala komersial dan dijual secara meluas.

Kita berharap agar penjualan dan pemakaian Spark plug laser secara meluas di seluruh dunia dapat dipercepatkan, agar polusi gas kenderaan dapat dikurangkan seminimum mungkin.

Sejauhmana kebenaranya..kita tunggu dan lihat....

THURSDAY, 30 JUNE 2011


AUTOCAD COMMANDS.


; Program Parameters File For AutoCAD 2007
; External Command and Command Alias Definitions

; Copyright (C) 1997-2006 by Autodesk, Inc. All Rights Reserved.

; Each time you open a new or existing drawing, AutoCAD searches
; the support path and reads the first acad.pgp file that it finds.

; -- External Commands --
; While AutoCAD is running, you can invoke other programs or utilities
; such Windows system commands, utilities, and applications.
; You define external commands by specifying a command name to be used
; from the AutoCAD command prompt and an executable command string
; that is passed to the operating system.

; -- Command Aliases --
; The Command Aliases section of this file provides default settings for
; AutoCAD command shortcuts. Note: It is not recommended that you directly
; modify this section of the PGP file., as any changes you make to this section of the
; file will not migrate successfully if you upgrade your AutoCAD to a
; newer version. Instead, make changes to the new
; User Defined Command Aliases
; section towards the end of this file.

; -- User Defined Command Aliases --
; You can abbreviate frequently used AutoCAD commands by defining
; aliases for them in the User Defined Command Aliases section of acad.pgp.
; You can create a command alias for any AutoCAD command,
; device driver command, or external command.

; Recommendation: back up this file before editing it. To ensure that
; any changes you make to PGP settings can successfully be migrated
; when you upgrade to the next version of AutoCAD, it is suggested that
; you make any changes to the default settings in the User Defined Command
; Aliases section at the end of this file.

; External command format:
,[],,[*],

; The bits of the bit flag have the following meanings:
; Bit 1: if set, don't wait for the application to finish
; Bit 2: if set, run the application minimized
; Bit 4: if set, run the application "hidden"
; Bit 8: if set, put the argument string in quotes
;
; Fill the "bit flag" field with the sum of the desired bits.
; Bits 2 and 4 are mutually exclusive; if both are specified, only
; the 2 bit is used. The most useful values are likely to be 0
; (start the application and wait for it to finish), 1 (start the
; application and don't wait), 3 (minimize and don't wait), and 5
; (hide and don't wait). Values of 2 and 4 should normally be avoided,
; as they make AutoCAD unavailable until the application has completed.
;
; Bit 8 allows commands like DEL to work properly with filenames that
; have spaces such as "long filename.dwg". Note that this will interfere
; with passing space delimited lists of file names to these same commands.
; If you prefer multiplefile support to using long file names, turn off
; the "8" bit in those commands.

; Examples of external commands for command windows

DEL, DEL, 8,File to delete: ,
DIR, DIR, 8,File specification: ,
SH, , 1,*OS Command: ,
SHELL, , 1,*OS Command: ,
START, START, 1,*Application to start: ,
TYPE, TYPE, 8,File to list: ,

; Examples of external commands for Windows
; See also the (STARTAPP) AutoLISP function for an alternative method.

EXPLORER, START EXPLORER, 1,,
NOTEPAD, START NOTEPAD, 1,*File to edit: ,
PBRUSH, START PBRUSH, 1,,


; Command alias format:
,*

; The following are guidelines for creating new command aliases.
; 1. An alias should reduce a command by at least two characters.
; Commands with a control key equivalent, status bar button,
; or function key do not require a command alias.
; Examples: Control N, O, P, and S for New, Open, Print, Save.
; 2. Try the first character of the command, then try the first two,
; then the first three.
; 3. Once an alias is defined, add suffixes for related aliases:
; Examples: R for Redraw, RA for Redrawall, L for Line, LT for
; Linetype.
; 4. Use a hyphen to differentiate between command line and dialog
; box commands.
; Example: B for Block, -B for -Block.
;
; Exceptions to the rules include AA for Area, T for Mtext, X for Explode.

; -- Sample aliases for AutoCAD commands --
; These examples include most frequently used commands. NOTE: It is recommended
; that you not make any changes to this section of the PGP file to ensure the
; proper migration of your customizations when you upgrade to the next version of
; AutoCAD. The aliases listed in this section are repeated in the User Custom
; Settings section at the end of this file, which can safely be edited while
; ensuring your changes will successfully migrate.

sistem stereng

SISTEM STERENG 

Sistem stereng didalam sesebuah kenderaan berkait rapat dengan sistem gantungan, gandar hadapan (front axle) dan juga rangka kenderaan. Kebanyakannya bergantung diantara satu sama lain.

Sistem stereng membolehkan pemandu mengarahkan kenderaannya samaada kekiri atau kekanan. Roda hadapan memainkan peranan penting didalam proses mengarahkan haluan kenderaan ini. Sistem stereng terdiri daripada gear stereng,roda stereng dan rangkaian stereng. Penyambung stereng ialah rangkaian system pemaut, roda, tiub dan tuil digunakan untuk memindahkan pergerakan daripada gear stereng ke buku sendi roda hadapan.
Gear stereng ialah alat yang membuatkan gear memindahkan kesan putiran oleh pemandu ke pemaut bagi aturan mengawal arah kenderaan.
Terdapat dua jenis system stereng iaitu jenis insani dan jenis kuasa.

Kegagalan sistem stereng hanya akan menyebabkan berlakunya kemalangan. Perkhidmatan stereng yang bermutu adalah dikira dari aspek bagaimana stereng ini boleh menjamin keselamatan pemandu dan penumpangnya. 

Kenderaan boleh dikawal arahnya samaada oleh roda hadapan atau roda belakang Kawalan stereng oleh roda belakang adalah lebih mudah dilakukan jika pemandu nya berada dibahagian belakang juga, contoh seperti fork lift, kerete elektrik dan lain-lain lagi. Tetapi walaubagaimanapun stereng pada roda hadapan adalah lebih mudah dikawal. Antara susunan yang terdapat ialah enjin hadapan, pacuan belakang. Jenis susunan ini memisahkan antara sistem stereng dengan sistem pacuan. Yang palin popular digunakan sekarang ini adalah enjin hadapan dan stereng pun hadapan. Sistem ini menyatukan antara sistem pacuan dengan sistem stereng. Terdapat juga enjin belakang dan roda hadapanya hanya berfungsi untuk mengawal stereng sahaja. 

Steering Geometry

Semasa kenderaan bergerak pada satu selekuh, kesemua tayarnya mestilah berpusing dengan baik tanpa mengheret. Untuk mendapatkan ini gandar bagi sesebuah kenderaan tersebut telah direka supaya ia bersilang pada satu point / titik. Point ini akan menjadi titik tengah bagi kenderaan tersebut semasa ia mengambil selekuh. Susunan ini dikenali sebagai steering geometry. 

Gambarajah 1 dibawah menunjukkan susunan steering geometry bagi keempat-empat roda bagi sesebuah kenderaan. Roda belakang bergolek melalui dua lengkuk, Titik tengah bagi kedua-dua lengkuk ini adalah pada O. Roda hadapan (1 dan 2) pada gambarajah mempunyai gandarnya sendiri yang berbeza dari gandar roda belakang. Roda hadapan ini mempunyai lengkuknya yang tersendiri untuk ia bergolek. Lengkuk-lengkuk ini iaitu untuk roda hadapan dan roda belakang walaubagaimanapun mempunyai titik tengah yang sama iaitu pada O.
Untuk mendapatkan perjalanan sistem stereng yang baik, titik tengah roda belakang dan gandar belakang mestilah sama dengan titik tengah bagi roda hadapan 1 dan 2.

Prinsip Steering Ackerman

Dalam kaedah ini roda hadapan dipansangkan pada komponen pangsi iaitu dikenali sebagai spindel stereng dan penyambung stereng yang digunakan untuk mengikat spindle stereng bersama dengan pangsi roda hadapan.
Penuilan atau faedah mekanikal perlu untuk pemandu mengemudi kenderaan Cuma dengan sedikit gerakan yang dikeluarkan pada roda stereng. Pemandu dibantu setiapmasa oleh faedah mekanikal untuk mengawalkenderaan terutama apabila kenderaan berhenti. Apabila roda berpusing dipermukaan jalan, faedah mekanikalgear stereng mencegah gegaran atau hentakan yang dipindahkan kepada pemandu melalui roda stereng.

Fungsi Sistem Stereng

i. Membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan baik semasa kenderaan sedang bergerak.
ii. Membenarkan pemandu membelok roda hadapan ke arah yang dikehendaki dengan senang dan daya yang sedikit.
iii.Menukarkan daya gerakan kekiri dan kekanan didalam menentukan hala tuju.
iv. Mengelakan kehausan pada tayar.
v. Membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan sempurna pada setiap masa ketika dalam perjalanan terutama jalan yang tidak rata.

Jenis-jenis Sistem Stering

1. Jenis insani (manual).
2. Jenis kuasa (power steering).

Komponen manual stereng adalah penghubung antara pemandu dengan roda depan kenderaan. Ia mesti mampu menyediakan satu pergerakan yang bertepatan dengan kehendak pemandu semasa mengawal stereng. Ia mesti boleh menjadikan kawalan stereng menjadi lebih mudah segala hentakan jalan raya mesti tidak dirasai oleh pemandu. Ia juga mesti boleh berkerja tanpa mengira keadaan permukaan jalanraya atau pun halaju kenderaan. Berdasarkan pada gambarajah dibawah asas binaan sistem stereng terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:-

1. Steering column dan shaft
2. Steering linkage / perangkai stereng
3. Steering gear box / kotak gear stereng


1. Steering column dan shaft

Steering column dan shaft adalah merupakan penghubung bagi roda stereng ke roda. Ia memindahkan kuasa pusingan roda stereng ke kotak gear stereng. Dipangkal steering shaft ini dipasangkan roda stereng. Roda stereng diikatkan ke steering shaft dengan menggunakan satu center bolt dan pemasangan tersebut menggunakan kaedah “splined”. Pada hujungnya pula disambungkan ke kotak gear stereng. Satu “coupling” menjadi penghubung antara shaft dengan kotak gear tersebut kerana coupling ini akan memberikan satu flexibility didalam pergerakannya. Steering shaft dimasukan ke dalam satu tiub keluli yang dikenali sebagai steering column. Steering dipegang oleh bearing yang terdapat didalam steering column tersebut. Steering column juga dikenali sebagai “mask jacket”. Steering column juga adalah tempat bagi menempatkan alat-alat seperti suis lampu, suis hazard, suis starting, suis wiper, dimmer switch dan sebagainya. Suis enjin juga terdapat disitu.

2. Steering linkage / perangkai stereng

Gambarajah dibawah adalah nama-nama bahagian yang terdapat didalam perangkai stereng.

a. Pitman Arm ( Lengan Gear)

Pitman arm adalah satu lever yang pertama didalam sistem stereng. Ia menukarkan pergerakan pusingan sector shaft atau pun cross shaft didalam gear stereng kepada pergerakan linear atau pun pergerakan side to side. Ia bergerak didalam linkungannya samaada menolak atau menarik relay rod. Ia juga kadang-kadang dikenali sebagai centre link. Pitman arm diikatkan pada sector shaft malalui kaedah splined. Splined tersebut akan bertemu dengan splined pada sector shaft. Dengan itu persambungan tersebut akan menjadi kuat dan pemindahanpergerakan stereng menjadi tepat.

b. Relay Rod (Perangkai Tengah)

Relay rod diperbuat daripada steel bar yang mana satu hujungnya disambungkan pada pitman arm. Ia disambungkan menggunakan ball and socket joint (ball joint). Satu hujung lagi disangga oleh idler arm. Relay rod bergerak kebelakang dan kehadapan apabila roda stereng dipusingkan. Dua lubang dibuat bagi membolehkan tie rod dipasang seperti yang ditunjukkan pada rajah 9 diatas.

c. Idler Arm (Rod Penyambung)

Idler arm menyangga hujung relay rod. Ia bertugas untuk memastikan relay rod selari. Seperti yang ditunjukkan pada gambarajah 9 diatas, idler arm mempunyai panjang yang sama dengan pitman arm. Ia juga dipasang sebagaimana pitman arm dipasang iaitu di rangka kenderaan. Dengan itu ia dapat menghasilkan pergerakan yang selari pada perangkai stereng. Idler arm dipasangkan pada rangka dan pada relay rod dengan menggunakan ball stud (rajah 9) atau menggunakan bushing seperti ditunjukkan pada gambarajah 10 dibawah.

d. Tie Rod

Tie rod diperbuat dari steel bar. Ia berfungsi untuk menyambungkan relay rod steering arm. Pada setiap hujung tie rod dibuatkan lubang berbebenang bagi tujuan pelarasan toe in atau toe out.



3. Steering gear box / kotak gear stereng

Terdapat banyak jenis kotak gear stereng yang digunakan pada kenderaan hari ini, tetapi walaubagaimana pun jenis yang dinyatakan dibawah adalah yang popular digunakan:

a) Cam and roller

Apabila cam berpusing ia akan menyebabkan roller turut bergerak mengikut lurah yang berbentuk helix yang terdapat pada cam tersebut. Rocker shaft yang dipasangkan pada roller juga akan turut berpusing. Pada rocker shaft dipasangkan pula dengan satu perangkai stereng yang dikenali sebagai drop arm. Drop arm ini akan bergerak mengikut.

b) Cam and peg

Sila rujuk gambarajah 16 untuk mengetahui binaan stereng jenis cam and peg ini. Stereng jenis ini mengandungi satu rocker arm yang mana pada hujungnya dibuatkan satu pasak atau pun lebih dikenali sebagai peg. Peg ini berbentuk taper atau kun. Ia dipasang pada lurah helix yang terdapat pada cam. Jadi apabila cam berpusing, peg akan bergerak sepanjang lurah tersebut. Rocker shaft juga terdapat pada steering jenis ini. Ia dipasangkan pada rocker arm secara splined shaft. Pada hujung rocker shaft ini disambungkan pula dengan drop arm. Jadi peg yang bergerak sepanjang lurah cam tadi akan menyebabkan rocker shaft berpusing. Pusingan rocker shaft pula akan menggerakkan drop arm samaada kekiri atau kekanan atau kehadapan dan kebelakang.

c) Recirculating ball (Bebola Edaran Semula)

Stereng jenis ini adalah ubahsuai dari jenis worm and nut yang terdahulu. Lihat gambarajah 17.. Ia mengandungi satu worm shaft. Terdapat juga satu yang mana didalamnya terdapat rangkaian bebola yang disusun didalam lurah yang dibuat didalam nut tersebut. Nut ini dibuat berlubang yang mana ia akan dimasukkan kedalam worm shaft. Lurah-lurah didalam nut akan bertemu dengan lurah-lurah yang terdapat pada worm shaft. Bebola yang dipasang didalam nut akan bergolek didalam lurah-lurah ini semasa worm shaft atau cam berpusing. Nut ini tidak akan berpusing tetapi dia akan bergerak sepanjang lurah-lurah worm.Pergerakan nut akan membuatkan sector shaft berpusing. Ini adalah disebabkan oleh pada hujung sector shaft dipasang dengan satu gear yang dikenali sebagai sector gear. Sector gear ini dipasang pada gigi-gigi yang terdapat pada nut. Jenis ini dapat mengurangkan berlakunya pergeseran yang berlebihan kerana terdapatnya bebola tersebut. 

d) Rack and pinion

Stereng jenis ini biasanya dipasangkan banyak pada kenderaan yang kecil. Ia mempunyai reka bentuk yang sama dengan lain-lain jenis stereng iaitu mempunyai steering shaft. Pada bahagian hujung shaft ini dipasangkan satu pinion. Pinion ini akan bertemu dengan satu shaft yang panjang yang dikenali sebagai Rack. Pada kedua-dua hujung rack ini dipasangkan pula dengan ball joint (Inner). Ball joint ini memberikan satu persambungan yang membolehkan roda turun dan naik mengikut keadaan permukaan jalan raya. Ball joint ini menyambungkan antara rack dengan tie rod. Gambarajah 30 dibawah menunjukkan dengan jelas binaan stereng ini. Tie rod ini terdapat pada kedua-dua hujung rack.. Dibahagian hujung luar tie rod ini juga terdapat ball joint lagi yang dikenali sebagai outer ball joint. Dari sini barulah disambungkan ke steering arm, ke steering knuckle dan terus ke roda. Pergerakan pusingan steeringakan menyebabkan rack bergerak samaada kekiri atau kekanan dan terus memindahkan pergerakan tadi ke roda secara terus.

Didalam binaan sistem stereng yang terdahulu kita dapati roda yang jauh dari pemandu iaitu kenderaan pemanduan sebelah kanan ia di pandu secara terus. Sementara roda yang dekat dengan pemandu akan dipandu melalui perangkai. Jadi dengan itu ini akan menyebabkan mudahnya berlakunya kehausan pada steering joint dibahagian yang dekat dengan pemandu. Walaubagaimana pun perkara ini tidak terjadi pada stereng jenis rack and pinion.

Asas Kendalian Stereng

Apabila steering wheel dipusingkan, steering column turut berpusing dan steering gear akan mengubah gerakan putaran tie rod. Seterusnya memindahkan kepada steering knuckle yang menyambungkan oleh perangkai kepada roda hadapan, dimana satu roda akan ditolak dan satu lagi ditarik.


Stering Kuasa

Sistem stering kuasa menggunakan kuasa haidrolik untuk membantu pemandu memusingkan roda. Asas sistem stering kuasa mengandungi satu pam,hos dan piston (rajah 14.57). Pam dipacu oleh enjin dan dan digunakan untuk mengorak kuasa haidrolik bagi menjalankan sistem. Hos menyambungkan pam ke ‘power piston’ . Power piston menggunakan kuasa haidrolik yang terorak oleh pam bagi membantu menggerakkan gear stering atau perangkai (linkage).Menggunakan cecair jenis Atf oil.Steering box jenis rack and pinion.

Prinsip Stering Kuasa

Sistem stering kuasa menggunakan prinsip haidrolik untuk membantu pemandu mengemudi kenderaan. Haidrolik adalah sejenis cecair. Tekanan bolih melalui cecair dan tekanan bolih dipindah dari satu tempat ketempat lain. Dengan yang demikian cecair tidak bolih dimampat kepada isipadu yang lebih kecil. Olih itu, cacair digunakan untuk memindah tenaga seperti dalam rajah 14.58 dibawah. Jika satu selinder mengandungi dua piston diasingkan oleh cecair, piston A ditekan menyebabkan piston bergerak.
Oleh sebab piston A mula bergerak, ia dipanggil piston utama dan piston B pula dipanggil piston keluaran. Jika piston utama bergerak 8 cm, piston keluaran juga bergerak 8 cm. Sila rujuk gambarajah 14.59 untuk penerangan selanjutnya. Perkara yang sama juga akan berlaku jika kita tukarkan cecair dengan rod penghubung yang padu diantara piston A dengan piston B, iaitu piston A tetap bolih menggerakkan piston B. Cuma kebaikan sistem cecair ia bolih memindahkan gerak diantara selinder pada sebarang sudut atau jarak. Tekanan kenaan ke cecair dipindahkan oleh cecair dalam semua arah dalam tiap-tiap bahagian cecair. Sebagai contoh apabila satu piston dengan 1 cm persegi kawasan dikenakan satu daya 100 kg keatas cecair, tekanan diatas cecair menjadi 100 kg/cm2. Tekanan pergi kesemua arah dalam sistem haidrolik. Jika kawasan piston mempunyai keluasan 2 cm persegi dan piston dikenakan daya 100 kg, tekanan cuma 50 kg/cm2.

Dengan sistem masuk dan keluar ini, kita dapat menentukan daya kenaan kesebarang piston keluaran dengan mendarabkan tekanan dalam kg/cm persegi dengan kawasan / luas piston keluaran dalam cm persegi. Sebagai contoh, jika tekanan 10 kg/cm2 dan luas piston keluaran 16 cm2, daya keluaran diatas piston ini 10 kali atau 160 kg. Jika piston mempunyai luas 2 cm2, daya keluaran 20 kg atau 10 x 2 (rajah 14.60)
Lebih besar keluaran piston, lebih besar daya keluaran. Jika luas piston 100 cm2 , daya keluaran sebanyak 1000 kg. Oleh itu,lebih tinggi tekanan haidrolik, lebih besar daya keluarannya. Jika tekanan haidrolik diatas piston 2 cm persegi boleh dicapai setinggi 1000 kg/cm2 ,daya keluaran keatas piston kira-kira 2000 kg.

Daripada kesemua contoh tadi, satu susunan piston – selinder boleh mengeluarkan tekanan. Kaedahyang sama digunakan didalam sistem brek haidrolik. Walaubagaimanapun dalam sistem stering kuasa sebuah pam digunakan untuk mengorak daya masukkan dan piston kuasa digunakan untuk daya keluaran. 
Sebuah pam anjakan malar menyediakan tekanan haidrolik untuk sistem stering. Pam dipandu oleh ‘pulley’ dan mempunyai satu takungan minyak yang dikamilkan. Ia dipasangkan dibahagian hadapan enjin melalui satu pendakap dan dipandu oleh talisawat daripada ‘pulley crank shaft’ enjin (rajah 14.61).

Terdapat tiga jenis pam stering kuasa iaitu:-

1. Jenis pengguling
2. Jenis gelinciran
3. Jenis ram 

(Sila rujuk rajah 14.62). Pam jenis pengguling menggunakan satu set pengguling bulat, jenis ram menggunakan satu set ram rata dan jenis gelincir pula menggunakan satu set gelincir bulat. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis, namun kendaliannya adalah sama. 

Bahagian Pam

Keratan rentas pam tertera dalam rajah 14.63 yang menunjukkan pam stering kuasa jenis gelinciran atau jenis ram. Pulley yang tidak terdapat didalam gambarajah dipasangkan ke shaft pemacu pam. Pam tersebut dipasangkan ke pepasangan rotor yang menyediakan mounting (cagak) untuk set gelincir atau ram dengan return spring.
Shaft pemacu disangga didalam perumah pam. Satu takungan untuk bendalir dipasangkan kepermukaan pam. Pepasangan rotor dan gelincir didudukkan didalam perumah yang dikenali sebagai gelang sesondol. Gelang sesondol terdiri dari dua cuping bersudut 180 diantara satu dengan lain. Cuping ini membentuk ruang berbentuk sabit diantara rotor dan gelang sesondol. Rotor mengandungi plat tekanan luar dan dalam pada tiap-tiap hujungnya, yang membuat sentuhan dengan muka hujung gelang sesondol. Plat tekanan ini memanjang dalam gelang sesondol, menyediakan satu ruang terkedap diantara diantara gelincir dan rotor. Rajah 14.64 

Stereng Kuasa Rack And Pinion

Stereng jenis ini menggunakan pam haidrolik untuk membantu pemandu menggerakkan tayar hadapan. Rajah dibawah menunjukkan dengan jelas binaan stereng jenis ini. Pam stereng kuasa biasanya dipasang dibahagian hadapan enjin. Ia digerakkan oleh enjin melalui talikipas dan pulley yang dipasangkan pada pam tersebut. Stereng hos dan paip-paip menyambungkan pam dengan kotak gear stereng.Binaan Rack And Pinion terdiri daripada:-

1. Power cylinder
2. Power piston
3. Hydraulic line
4. Control valve

Rajah dibawah menunjukkan power cylinder melindungi sekeliling rack. Tindak balas tekanan pada piston menolong menggerakkan rack didalam perumah.

Power Cylinder And Piston

Ia dimesin supaya sesuai dipasangkan power piston didalamnya. Bahagian luarnya dibuatkan lubang lubang supaya bolih menyambungkan paip kepadanya. Power cylinder diikatkan pada badan kenderaan. Power piston pula dimesin pada rack bertugas sebagai penyendal cecair bagi mendirikan tekanan untuk menggerakkan rack samaada kekiri atau kekanan. Rubber seal dipasangkan pada piston supaya penyendalan cecair dapat dilakukan dengan lebih baik dan juga mengelakkan cecair dari bocor. 

Rack And Pinion Control Valve 

Terdapat dua jenis control valve yang digunakan pada stereng jenis ini iaitu rotary valve dan juga spool valve. Umumnya jenis rotary adalah lebih banyak digunakan.

1. Rotary valve
Ia menggunakan torsion shaft yang disambungkan pada pinion gear bagi mengendalikan control valve.

2. Spool valve 
Ia menggunakan sistem tindak balas thrust daripada pinion shaft untuk menggerakkan control valve. Control valve akan menghantar cecair bertekanan tinggi ke power cylinder.

Rajah dibawah menunjukkan pemasangan power rack and pinion steering menggunakan spool valve untuk mengesan tindak balas thrust oleh helical pinion gear. Ini akan mengawal tekanan cecair pada rack piston.

Operasi Rack And Pinion

Bila steering wheel dipusingkan keberatan kereta menyebabkan tayar hadapan ada rintangan untuk berpusing. Ini menyebabkan torsion bar terpiuh (rotary valve mechanism atau thrust pinion shaft (spool valve mevhanism). Tekanan dari pam membolehkan pengaliran cecair melalui control valve, hydraulic hose dan seterusnya ke power cylinder. Tekanan juga membolehkan power piston bergerak, menolak rack dan seterusnya mengarahkan tayar samaada kekiri atau pun kekanan. Perkakas bergerak yang terdapat didalam sistem akan sentiasa berminyak bagi mengelakkan berlakunya kehausan pada sistem.